As salam dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan penternak..Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita yang agak mengemparkan dimana sepasang suami isteri bangsa cina mati disondol di kebun getah di negeri sembilan..Bercerita mengenai babi hutan jantan atau orang utara sebut 'babi tunggai' ni sebenarnya tidak asing lagi bagi saya sepanjang menceburi bidang ternakan ni kerana dah banyak kali saya terserempak dengan sekumpulan babi liar ni..Cuma saya bernasib baik kerana setiap kali terjumpa kumpulan haiwan liar ni selalunya bila saya halau atau buat bunyi bising mereka akan lari..Dan baru sekali terserempak dengan babi tunggai ni,itupun dari jauh ketika sedang gembala kambing..Bila nampak manusia selalunya binatang ni akan lari semula ke dalam hutan..Babi yang menyerang manusia ni bagi pendapat saya dan dari cerita orang-orang kampung yang saya dengar adalah babi tunggai atau babi hutan ni ialah disebabkan kemungkinan haiwan tersebut cedera atau cuba melindungi anak-anaknya..4-5 tahun lepas dikampung bapa saudara isteri saya pernah terjadi 1 kejadian babi tunggai menyerang manusia ketika siang hari berhampiran rumah..Koyak juga la paha orang kampung tu sebab kena sondol dek babi tunggai ni dan nasib baik babi tu terikat dengan kabel yang menjerut kaki disebabkan oleh pemburu yang memasang perangkap dikawasan berhampiran..Babi yang cedera tu berjaya dibunuh oleh jiran-jiran mangsa yang terdengar jeritannya..Selepas diperiksa bangkai haiwan tersebut terdapat seutas kabel besi pada kaki hadapan babi tu..Jadi apa yang saya faham dan dari pengalaman berhadapan dengan haiwan ni adalah babi akan menyerang manusia jika ia tercedera atau berasa terancam..
Sekarang ni pun kalau sedang gembala kambing saya sentiasa rasa takut kerana kawasan kambing meragut memang berhampiran kawasan semak belukar..Sifat 'alert' terhadap persekitaran juga perlu ditahap yang tinggi kerana kita tak tahu bahaya apa yang sedang menanti disamping 1 lagi haiwan pemangsa yang mengerunkan iaitu cik batik (ular sawa)..Minta dijauhkan oleh Allah S.W.T dari perkara-perkara yang tidak diingini..Dan teori umum yang mengatakan apabila dikejar babi hutan,kena lari bengkang bengkok kerana dikatakan babi hutan ni tiada leher dan hanya lari terus je,ternyata teori tersebut tidak benar sama sekali..KERANA kes yang berlaku di negeri sembilan baru-baru ni telah menyebabkan seorang OCS balai polis cedera dikaki disondol haiwan tersebut dalam usaha beliau menyelamatkan diri ketika meninjau kawasan mayat sepasang suami isteri yang mati tu..Bagi saya jalan yang terbaik ialah carilah pokok yang berhampiran dan panjat..Walaupun kedengaran agak melucukan tapi ianya jalan yang terbaik menyelamatkan nyawa kerana 1 perkara yang babi hutan tak boleh buat iaitu melompat dan memanjat..Moga Allah S.W.T melindungi kita semua..Wallahualam..
Babi Tunggai@Hutan yang menyerang suami isteri tersebut..
No comments:
Post a Comment