Sunday 11 October 2015

LAMA TAK UPDATE BLOG..

As Salam semua rakan-rakan penternak sekalian..Lama saya tak update blog kerana sibuk menguruskan kambing dan kandang..Alhamdulillah saya baru saja selesai membaiki kandang dan dalam proses membina kandang yang ke-2..Oleh kerana ular sawa pernah naik kandang makan kambing,saya cuba menggunakan separuh zink untuk dinding bagi mengelakkan ular masuk ke dalam kandang..Mungkin bagi sesetengah penternak kurang bersetuju menggunakan zink sebagai dinding tapi ini adalah ikhtiar terakhir saya untuk menghalang pemangsa merayap..Dan saya dalam proses menambah bilangan induk kambing kampung betina untuk dikacukkan dengan pejantan yang ada dikandang..Buat masa sekarang saya tidak lagi menggunakan dedak dan hanya menggunakan sistem gembala sepenuhnya dan Alhamdulillah kambing membesar dalam keadaan yang baik walaupun terdapat gejala-gejala kecacingan..Kawasan kebun pun dalam perancangan untuk dipagar kerana untuk memudahkan semasa mengembala dan mengelakkan haiwan liar seperti babi hutan memasuki kawasan kebun dan kandang..InsyaAllah,gambar keadaan kandang dan kawasan ragut akan saya update dalam entri yang akan datang..Moga diberkati Allah,insyaAllah..Wassalam..