Sunday 11 October 2015

LAMA TAK UPDATE BLOG..

As Salam semua rakan-rakan penternak sekalian..Lama saya tak update blog kerana sibuk menguruskan kambing dan kandang..Alhamdulillah saya baru saja selesai membaiki kandang dan dalam proses membina kandang yang ke-2..Oleh kerana ular sawa pernah naik kandang makan kambing,saya cuba menggunakan separuh zink untuk dinding bagi mengelakkan ular masuk ke dalam kandang..Mungkin bagi sesetengah penternak kurang bersetuju menggunakan zink sebagai dinding tapi ini adalah ikhtiar terakhir saya untuk menghalang pemangsa merayap..Dan saya dalam proses menambah bilangan induk kambing kampung betina untuk dikacukkan dengan pejantan yang ada dikandang..Buat masa sekarang saya tidak lagi menggunakan dedak dan hanya menggunakan sistem gembala sepenuhnya dan Alhamdulillah kambing membesar dalam keadaan yang baik walaupun terdapat gejala-gejala kecacingan..Kawasan kebun pun dalam perancangan untuk dipagar kerana untuk memudahkan semasa mengembala dan mengelakkan haiwan liar seperti babi hutan memasuki kawasan kebun dan kandang..InsyaAllah,gambar keadaan kandang dan kawasan ragut akan saya update dalam entri yang akan datang..Moga diberkati Allah,insyaAllah..Wassalam..

Sunday 5 July 2015

BOAR MENGAMUK..!!!!

As salam dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan penternak..Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita yang agak mengemparkan dimana sepasang suami isteri bangsa cina mati disondol di kebun getah di negeri sembilan..Bercerita mengenai babi hutan jantan atau orang utara sebut 'babi tunggai' ni sebenarnya tidak asing lagi bagi saya sepanjang menceburi bidang ternakan ni kerana dah banyak kali saya terserempak dengan sekumpulan babi liar ni..Cuma saya bernasib baik kerana setiap kali terjumpa kumpulan haiwan liar ni selalunya bila saya halau atau buat bunyi bising mereka akan lari..Dan baru sekali terserempak dengan babi tunggai ni,itupun dari jauh ketika sedang gembala kambing..Bila nampak manusia selalunya binatang ni akan lari semula ke dalam hutan..Babi yang menyerang manusia ni bagi pendapat saya dan dari cerita orang-orang kampung yang saya dengar adalah babi tunggai atau babi hutan ni ialah disebabkan kemungkinan haiwan tersebut cedera atau cuba melindungi anak-anaknya..4-5 tahun lepas dikampung bapa saudara isteri saya pernah terjadi 1 kejadian babi tunggai menyerang manusia ketika siang hari berhampiran rumah..Koyak juga la paha orang kampung tu sebab kena sondol dek babi tunggai ni dan nasib baik babi tu terikat dengan kabel yang menjerut kaki disebabkan oleh pemburu yang memasang perangkap dikawasan berhampiran..Babi yang cedera tu berjaya dibunuh oleh jiran-jiran mangsa yang terdengar jeritannya..Selepas diperiksa bangkai haiwan tersebut terdapat seutas kabel besi pada kaki hadapan babi tu..Jadi apa yang saya faham dan dari pengalaman berhadapan dengan haiwan ni adalah babi akan menyerang manusia jika ia tercedera atau berasa terancam..

Sekarang ni pun kalau sedang gembala kambing saya sentiasa rasa takut kerana kawasan kambing meragut memang berhampiran kawasan semak belukar..Sifat 'alert' terhadap persekitaran juga perlu ditahap yang tinggi kerana kita tak tahu bahaya apa yang sedang menanti disamping 1 lagi haiwan pemangsa yang mengerunkan iaitu cik batik (ular sawa)..Minta dijauhkan oleh Allah S.W.T dari perkara-perkara yang tidak diingini..Dan teori umum yang mengatakan apabila dikejar babi hutan,kena lari bengkang bengkok kerana dikatakan babi hutan ni tiada leher dan hanya lari terus je,ternyata teori tersebut tidak benar sama sekali..KERANA kes yang berlaku di negeri sembilan baru-baru ni telah menyebabkan seorang OCS balai polis cedera dikaki disondol haiwan tersebut dalam usaha beliau menyelamatkan diri ketika meninjau kawasan mayat sepasang suami isteri yang mati tu..Bagi saya jalan yang terbaik ialah carilah pokok yang berhampiran dan panjat..Walaupun kedengaran agak melucukan tapi ianya jalan yang terbaik menyelamatkan nyawa kerana 1 perkara yang babi hutan tak boleh buat iaitu melompat dan memanjat..Moga Allah S.W.T melindungi kita semua..Wallahualam..
                                     Babi Tunggai@Hutan yang menyerang suami isteri tersebut..

Monday 1 June 2015

APA YANG ADA DI KANDANG?

As Salam semua penternak sekalian..Memandangkan sy pn msh baru berblog ni so sy nk kongsi la sedikit sebanyak rutin harian sy gembala kambing ni..Msa sy gembala xdak masa yg tetap,sy ikut keadaan cuaca/masa sy yg ada..Maklum la,sy ni government servant..Kebiasaannya pukul 11 pagi dan jumlah jam gembala bergantung kambing balik kandang pukul brapa..Klu kambing kenyang slalunya depa ni blk sendiri,sy ikut dr blkg/dok hambat kambing yg dok mkn lg..Klu time hujan pn kadang2 gembala gak..Sy x blh duduk diam 1 tempat ja,sy mesti kna duduk kawasan dkt dgn tempat dedaun sbb sy ada sepasang kambing yang sy bela dr kecil sbb ibu mati..2 ekoq kambing ni slalu ikut kmana ja sy pergi..Klu sy duduk jauh dari pokok2,jwbnya mkn x kenyang la 2 ekoq kambing ni..Tapi btl la kata2 sifu2 sekalian..Bkn senang nk bela kambing..Byk bersabar dan mohon pertolongan drp Allah S.W.T adalah jalan yang terbaik..Antara gambar2 yang sy ingin kongsikan..

Kenderaan rasmi di kandang dan 'senjata' ketika gembala..Parang panjang 3 kaki dan buluh 6 kaki..Ada 2 benda ni rasa la selamat sikit dan yg selebihnya serahkan pd Allah S.W.T..

Antara ubat2 inject utk kmbg..Jarang sgt guna pn pasai sy ni takut nk inject kambing..Sy sendiri pn takut klu nk kna inject..

Timba untuk isi air minum kambing..Dulu guna nipple drinker tp abih patah paip2 kna sondoi ngn geng2 kambing dikandang..

Sekian dulu apa yang ingin sy kongsikan rutin harian sy dan apa yg ada dikandang..W'salam..




Sunday 31 May 2015

PEMANGSA YANG DICARI AKHIRNYA TEWAS JUA

Pemangsa yg sama atau pun bukan yg dh bunuh 2 ibu dan 2 anak kambing tahun lepas akhirnya tewas selepas belit anak kambing umur 4 bulan..Terpaksa bunuh ulaq utk selamatkan anak kambing..Alhamdulillah anak kambing selamat..Berat 75 kg..Sebelum ni dh 2 ekoq ulaq besaq betis berjaya dibunuh slepas sangkut di pukat yang dipasang disekeliling kandang..Yg ni paling besaq berjaya dibunuh..Moga Allah lindungi..

Ni la anak kambing yang kna belit tu..Panjang lagi umur..

Masa bunuh ulaq tu sorang2 ja pasai dok gembala pn sorang..Sblm ni dok ikut skali kambing masuk semak,la ni dok kt luaq ja..Kambing bunyi pelik baru masuk p tengok..Takut gak ulaq besaq tu..

START BERBLOG

                                                            Kandang dok tengah buat..
                                                                Ketika gembala kambing..
                                                   Xdak padang ragut tapi ragut semak..
                                                          Pejantan di kandang..
                                                          Antara kambing2 yang ada..